Melayu Malaysia Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Melayu Malaysia Forum

.: Komuniti Melayu Malaysia Yang Lain Daripada Yang Lain :.
 
HomeHome  GalleryGallery  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     
CalendarCalendar
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» Hiv Hearbal Drug Therapy Canada
Rindu Buat Nura Icon_minitimeThu Aug 04, 2011 7:59 am by Guest

» buy guaranteed facebook fans dp
Rindu Buat Nura Icon_minitimeWed Aug 03, 2011 3:09 am by Guest

» When the first Whirlpool Duet album was released in December 2001 came as a surprise to the public
Rindu Buat Nura Icon_minitimeTue Aug 02, 2011 8:09 am by Guest

» Medicines From Rainforest Plants
Rindu Buat Nura Icon_minitimeMon Aug 01, 2011 3:40 am by Guest

» Memorial Family Medicine Bryan Tx
Rindu Buat Nura Icon_minitimeThu Jul 28, 2011 10:53 pm by Guest

» Rahsia Awet Muda Para Wanita
Rindu Buat Nura Icon_minitimeMon May 16, 2011 11:07 pm by ASBN

» TuneTalk Sumber Menjana Pendapatan Bulanan
Rindu Buat Nura Icon_minitimeMon May 16, 2011 11:01 pm by ASBN

» email 2 money
Rindu Buat Nura Icon_minitimeTue Nov 16, 2010 10:58 pm by coolerzzz

» email 2 money
Rindu Buat Nura Icon_minitimeTue Nov 16, 2010 10:58 pm by coolerzzz

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 17 on Sun Sep 10, 2017 11:48 pm
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Statistics
We have 57 registered users
The newest registered user is warrcleme

Our users have posted a total of 532 messages in 122 subjects
Poll
Advert
Adv

 

 Rindu Buat Nura

Go down 
2 posters
AuthorMessage
mira
Moderator
Moderator
mira


Female
Number of posts : 130
Age : 114
Location : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

Rindu Buat Nura Empty
PostSubject: Rindu Buat Nura   Rindu Buat Nura Icon_minitimeSat Jul 12, 2008 2:29 pm

Nura memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh..dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.

2.00 pagi.

"Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya.

"Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "

"Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur diatas". Jawapan yang cukup mengecewakan Nura.

"Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati.

"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu". pinta Nura sambil menuju ke dapur.

Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur.

Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap.

"Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya.

Aargghh rindunya Nura pada abang.

" Nura rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang".

Selesai solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.

"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.

"Waalaikumsalam, sayang".

Nura cuba bermanja sambil menambah,

"Abang nak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu

"Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi.

Arrghh rindunya Nura pada abang.
Back to top Go down
https://melayu-malaysia.forumotion.com/
mira
Moderator
Moderator
mira


Female
Number of posts : 130
Age : 114
Location : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

Rindu Buat Nura Empty
PostSubject: Re: Rindu Buat Nura   Rindu Buat Nura Icon_minitimeWed Jul 16, 2008 12:11 pm

"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.

"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh.

"Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaatler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal.

"Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00, aku balik pun bini aku dah tidur." Balas Hilmi.

"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.

"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah". terang Hilmi.

"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri.

"Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.
Back to top Go down
https://melayu-malaysia.forumotion.com/
mira
Moderator
Moderator
mira


Female
Number of posts : 130
Age : 114
Location : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

Rindu Buat Nura Empty
PostSubject: Re: Rindu Buat Nura   Rindu Buat Nura Icon_minitimeWed Jul 16, 2008 12:15 pm

Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nina menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.

"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas.

"Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura,". Janji Hilmi.

"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nina lagi.

"Syyy...doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura.

Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional.

Arrghh rindunya Nura pada abang.
Back to top Go down
https://melayu-malaysia.forumotion.com/
mira
Moderator
Moderator
mira


Female
Number of posts : 130
Age : 114
Location : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

Rindu Buat Nura Empty
PostSubject: Re: Rindu Buat Nura   Rindu Buat Nura Icon_minitimeWed Jul 16, 2008 12:20 pm

"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi..." ayat Hilmi terhenti disitu.

"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?" Celah Zikri.

"Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.

"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?" tingkas Zikri.

"Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan" Jelas Hilmi.

"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia?" kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah,

"Apa kata korang ambil saja anak angkat?"

"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup". Ujar Hilmi.
Back to top Go down
https://melayu-malaysia.forumotion.com/
oghen
Team
Team
oghen


Female
Number of posts : 4
Age : 39
Registration date : 2008-07-11

Rindu Buat Nura Empty
PostSubject: Re: Rindu Buat Nura   Rindu Buat Nura Icon_minitimeSun Jul 20, 2008 4:48 pm

mira wrote:
"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang

aik...menunggu sambungan..hehehe.. bounce
Back to top Go down
mira
Moderator
Moderator
mira


Female
Number of posts : 130
Age : 114
Location : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

Rindu Buat Nura Empty
PostSubject: Re: Rindu Buat Nura   Rindu Buat Nura Icon_minitimeSun Jul 20, 2008 9:06 pm

Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Hilmi dikampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.

Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini...

Aarghh rindunya Nura pada abang.

Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah, demi suami tercinta.

Aaarggh rindunya Nura pada abang.
Back to top Go down
https://melayu-malaysia.forumotion.com/
mira
Moderator
Moderator
mira


Female
Number of posts : 130
Age : 114
Location : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

Rindu Buat Nura Empty
PostSubject: Re: Rindu Buat Nura   Rindu Buat Nura Icon_minitimeSun Jul 20, 2008 9:07 pm

"So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.

"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati berterus terang.

Lega hati Hilmi, tapi Nura?
Back to top Go down
https://melayu-malaysia.forumotion.com/
mira
Moderator
Moderator
mira


Female
Number of posts : 130
Age : 114
Location : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

Rindu Buat Nura Empty
PostSubject: Re: Rindu Buat Nura   Rindu Buat Nura Icon_minitimeSun Jul 20, 2008 9:09 pm

"Abang Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.

"Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni."

Jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura.

Arrgghhh rindunya Nura pada abang.

Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring. Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.

Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang.

Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.

"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya.

"Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi.

"Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut.

"Eh..dah pandai menjawab,"perli Hilmi.

Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan.

"Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura.

"Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan.

Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya,

"Dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura.

"Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi.

"Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan.

"Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..."

Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nina makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.

Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.

Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.
Back to top Go down
https://melayu-malaysia.forumotion.com/
mira
Moderator
Moderator
mira


Female
Number of posts : 130
Age : 114
Location : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

Rindu Buat Nura Empty
PostSubject: Re: Rindu Buat Nura   Rindu Buat Nura Icon_minitimeSun Jul 20, 2008 9:31 pm

Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri.

"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau? tanya Zikri

"Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau," tolak Nura.

Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya.

"Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?" pinta Zikri

"Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju Nura.
Back to top Go down
https://melayu-malaysia.forumotion.com/
Sponsored content





Rindu Buat Nura Empty
PostSubject: Re: Rindu Buat Nura   Rindu Buat Nura Icon_minitime

Back to top Go down
 
Rindu Buat Nura
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Buat Aku Tersenyum

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Melayu Malaysia Forum :: Hobi :: Karya Kreatif-
Jump to: