Melayu Malaysia Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Melayu Malaysia Forum

.: Komuniti Melayu Malaysia Yang Lain Daripada Yang Lain :.
 
HomeHome  GalleryGallery  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     
CalendarCalendar
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» Hiv Hearbal Drug Therapy Canada
Pedagang dan 4 isterinya... Icon_minitimeThu Aug 04, 2011 7:59 am by Guest

» buy guaranteed facebook fans dp
Pedagang dan 4 isterinya... Icon_minitimeWed Aug 03, 2011 3:09 am by Guest

» When the first Whirlpool Duet album was released in December 2001 came as a surprise to the public
Pedagang dan 4 isterinya... Icon_minitimeTue Aug 02, 2011 8:09 am by Guest

» Medicines From Rainforest Plants
Pedagang dan 4 isterinya... Icon_minitimeMon Aug 01, 2011 3:40 am by Guest

» Memorial Family Medicine Bryan Tx
Pedagang dan 4 isterinya... Icon_minitimeThu Jul 28, 2011 10:53 pm by Guest

» Rahsia Awet Muda Para Wanita
Pedagang dan 4 isterinya... Icon_minitimeMon May 16, 2011 11:07 pm by ASBN

» TuneTalk Sumber Menjana Pendapatan Bulanan
Pedagang dan 4 isterinya... Icon_minitimeMon May 16, 2011 11:01 pm by ASBN

» email 2 money
Pedagang dan 4 isterinya... Icon_minitimeTue Nov 16, 2010 10:58 pm by coolerzzz

» email 2 money
Pedagang dan 4 isterinya... Icon_minitimeTue Nov 16, 2010 10:58 pm by coolerzzz

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 17 on Sun Sep 10, 2017 11:48 pm
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Statistics
We have 57 registered users
The newest registered user is warrcleme

Our users have posted a total of 532 messages in 122 subjects
Poll
Advert
Adv

 

 Pedagang dan 4 isterinya...

Go down 
AuthorMessage
d.diaries
Moderator
Moderator
d.diaries


Female
Number of posts : 63
Location : Petaling Jaya
Registration date : 2008-07-10

Pedagang dan 4 isterinya... Empty
PostSubject: Pedagang dan 4 isterinya...   Pedagang dan 4 isterinya... Icon_minitimeThu Jul 17, 2008 2:32 pm

SUATU ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri.
Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang
banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua
isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik
untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga
dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri
ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang
kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia
adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun
apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan
isterinya yang kedua ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong
dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat
setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah
yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi
si pedagang tidak begitu mencintainya.

Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini
tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa
untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan
indahnya, dan berkata dalam hati, â€oeSaat ini, aku punya empat orang
isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan
jika aku harus hidup sendiri.â€

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada
isteri keempatnya, â€oeKaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan
perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau
mendampingiku dan menemaniku?†Isteri keempatnya terdiam. â€oeTentu saja
tidak!†Jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa
berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada
pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, â€oeAku pun
mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau
ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?†Isteri ketiganya menjawab,
â€oeHidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau matiâ€oe.
Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Back to top Go down
d.diaries
Moderator
Moderator
d.diaries


Female
Number of posts : 63
Location : Petaling Jaya
Registration date : 2008-07-10

Pedagang dan 4 isterinya... Empty
PostSubject: Re: Pedagang dan 4 isterinya...   Pedagang dan 4 isterinya... Icon_minitimeThu Jul 17, 2008 2:34 pm

sambungan...

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, â€oeAku selalu berpaling padamu
setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku
perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan
mendampingiku?†Si isteri kedua menjawab perlahan, â€oeMaafkan
akuââ'¬Â¦aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu
ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.â€

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus
asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, â€oeAku akan tinggal denganmu. Aku
akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan
setia bersamamu.â€

Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya
yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya
seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman,
â€oeKalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak
akan kubiarkan kau seperti ini isteriku.â€

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini ;

ISTERI KEEMPAT
adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita
keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya
akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada
keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA
adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal,
semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan
melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA
pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan
kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.
Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA
adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan
melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun,
sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus
setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang
mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan
sampai kita menyesal kemudian hari!
Back to top Go down
 
Pedagang dan 4 isterinya...
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Melayu Malaysia Forum :: Santai Sekejap :: Lepak-
Jump to: