Melayu Malaysia Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Melayu Malaysia Forum

.: Komuniti Melayu Malaysia Yang Lain Daripada Yang Lain :.
 
HomeHome  GalleryGallery  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
May 2024
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
CalendarCalendar
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» Hiv Hearbal Drug Therapy Canada
Dirinya Dipelihara ALLAH Icon_minitimeThu Aug 04, 2011 7:59 am by Guest

» buy guaranteed facebook fans dp
Dirinya Dipelihara ALLAH Icon_minitimeWed Aug 03, 2011 3:09 am by Guest

» When the first Whirlpool Duet album was released in December 2001 came as a surprise to the public
Dirinya Dipelihara ALLAH Icon_minitimeTue Aug 02, 2011 8:09 am by Guest

» Medicines From Rainforest Plants
Dirinya Dipelihara ALLAH Icon_minitimeMon Aug 01, 2011 3:40 am by Guest

» Memorial Family Medicine Bryan Tx
Dirinya Dipelihara ALLAH Icon_minitimeThu Jul 28, 2011 10:53 pm by Guest

» Rahsia Awet Muda Para Wanita
Dirinya Dipelihara ALLAH Icon_minitimeMon May 16, 2011 11:07 pm by ASBN

» TuneTalk Sumber Menjana Pendapatan Bulanan
Dirinya Dipelihara ALLAH Icon_minitimeMon May 16, 2011 11:01 pm by ASBN

» email 2 money
Dirinya Dipelihara ALLAH Icon_minitimeTue Nov 16, 2010 10:58 pm by coolerzzz

» email 2 money
Dirinya Dipelihara ALLAH Icon_minitimeTue Nov 16, 2010 10:58 pm by coolerzzz

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 20 on Sun Apr 28, 2024 12:37 pm
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Statistics
We have 57 registered users
The newest registered user is warrcleme

Our users have posted a total of 532 messages in 122 subjects
Poll
Advert
Adv

 

 Dirinya Dipelihara ALLAH

Go down 
AuthorMessage
mira
Moderator
Moderator
mira


Female
Number of posts : 130
Age : 114
Location : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

Dirinya Dipelihara ALLAH Empty
PostSubject: Dirinya Dipelihara ALLAH   Dirinya Dipelihara ALLAH Icon_minitimeMon Jul 21, 2008 12:32 am

Zaman sebelum Muhammad menjadi nabi dikenali sebagai zaman jahiliah. Pada saat itu, masyarakat bandar Mekah menjalankan aktiviti yang melampaui batas-batas kemanusiaan. Hampir semua penduduk Mekah suka menghadiri pesta yang dipenuhi dengan minuman keras, perempuan-perempuan simpanan, majlis tari-menari dan deklamasi syair yang mengasyikkan. Selain itu, masyarakat bandar Mekah juga menyembah berhala. Mereka memuliakan berhala-berhala yang dibuat dengan tangan mereka sendiri.

ALLAH memelihara Muhammad daripada segala aktiviti serong yang dilakukan oleh masyarakat Mekah. Beliau benci melihat dan menyebut nama-nama patung yang disembah oleh masyarakatnya. Beliau tidak melayan sebarang perbualan yang dimulakan dengan nama patung yang disembah.

Pada suatu masa Muhammad menyelar pendeta yang memulakan bicara dengan menyebut nama patung yang disembah.

Kata Muhammad, "Wahai pendeta, janganlah bertanya kepada saya dengan nama patung berhala itu. Demi Tuhan, seya benci kepada nama-nama patung berhala."

Semasa remaja, Muhammad bekerja sebagai pengembala kambing. Setiap hari beliau mengembala kambing di kawasan pergunungan yang jauh daripada kesibukan bandar Mekah. Dengan cara ini, Nabi Muhammad dapat menghindari diri daripada segala kerosakan akidah yang berlaku di Mekah.

Pada suatu hari, sedang Muhammad mengembala kambing, beliau terdengar bunyi riuh-rendah di sebuah majlis perkahwinan. Beliau meminta tolong sahabatnya supaya menjaga sebentar kambing-kambing peliharaannya. Beliau ingin melihat majlis perkahwinan yang sedang berlangsung itu.

Semasa tiba di kawasan majlis perkahwinan itu, tiba-tiba Muhammad berasa sangat mengantuk. Tanpa disedari beliau tertidur di tempat itu juga.

Muhammad bercerita kepada sahabatnya, "Saya tersedar selepas terkena matahari pagi."

Muhammad masih tetap terpelihara daripada melakukan segala keburukan yang dilakukan oleh kaumnya. Beliau bukan sahaja terhindar daripada melakukannya, malah tidak dapat melihat langsung segala kemungkaran yang berlaku. Demikianlah ALLAH memelihara manusia yang dikasihiNYA supaya menjadi contoh teladan kepada manusia lain.

Dirinya Dipelihara ALLAH 00020144Dirinya Dipelihara ALLAH 00020144Dirinya Dipelihara ALLAH 00020144
Back to top Go down
https://melayu-malaysia.forumotion.com/
 
Dirinya Dipelihara ALLAH
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Melayu Malaysia Forum :: Nur Islam :: Seindah Senyuman Rasulullah-
Jump to: