Melayu Malaysia Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Melayu Malaysia Forum

.: Komuniti Melayu Malaysia Yang Lain Daripada Yang Lain :.
 
HomeHome  GalleryGallery  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
May 2024
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
CalendarCalendar
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» Hiv Hearbal Drug Therapy Canada
Muhammad Al-Amin Icon_minitimeThu Aug 04, 2011 7:59 am by Guest

» buy guaranteed facebook fans dp
Muhammad Al-Amin Icon_minitimeWed Aug 03, 2011 3:09 am by Guest

» When the first Whirlpool Duet album was released in December 2001 came as a surprise to the public
Muhammad Al-Amin Icon_minitimeTue Aug 02, 2011 8:09 am by Guest

» Medicines From Rainforest Plants
Muhammad Al-Amin Icon_minitimeMon Aug 01, 2011 3:40 am by Guest

» Memorial Family Medicine Bryan Tx
Muhammad Al-Amin Icon_minitimeThu Jul 28, 2011 10:53 pm by Guest

» Rahsia Awet Muda Para Wanita
Muhammad Al-Amin Icon_minitimeMon May 16, 2011 11:07 pm by ASBN

» TuneTalk Sumber Menjana Pendapatan Bulanan
Muhammad Al-Amin Icon_minitimeMon May 16, 2011 11:01 pm by ASBN

» email 2 money
Muhammad Al-Amin Icon_minitimeTue Nov 16, 2010 10:58 pm by coolerzzz

» email 2 money
Muhammad Al-Amin Icon_minitimeTue Nov 16, 2010 10:58 pm by coolerzzz

Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests

None

Most users ever online was 20 on Sun Apr 28, 2024 12:37 pm
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Statistics
We have 57 registered users
The newest registered user is warrcleme

Our users have posted a total of 532 messages in 122 subjects
Poll
Advert
Adv

 

 Muhammad Al-Amin

Go down 
AuthorMessage
mira
Moderator
Moderator
mira


Female
Number of posts : 130
Age : 114
Location : Selangor, Malaysia
Registration date : 2008-07-09

Muhammad Al-Amin Empty
PostSubject: Muhammad Al-Amin   Muhammad Al-Amin Icon_minitimeTue Sep 16, 2008 8:11 am

Semasa Muhammad berumur 35 tahun, keperibadian beliau terserlah. Sifat beliau yang mulia, akhlak yang baik dan amanah membuatkan orang Quraisy Mekah menghormati beliau. Isteri beliau sendiri iaitu Khadijah sebenarnya tertarik pada Muhammad kerana amanah dan akhlaknya. Walaupun belum dilantik menjadi nabi, namun sifat-sifat kenabian sudah terukir dan tergambar pada perilaku dan peribadi Muhammad.

Masyarakat Mekah sudah maklum yang anak saudara Abu Talib ini baik budi pekerti dan akhlaknya. Mereka menggelarkannya al-Amin yang bermaksud orang yang amanah.

Pada masa itu juga banjir besar melanda Mekah. Penduduk-penduduk Mekah kelam-kabut dengan banjir yang tidak diduga itu. Mereka sibuk menyelamatkan diri dan harta benda masing-masing. Kejadian banjir itu menyebabkan sebahagian besar Mekah ditenggelami air. Malah Kaabah juga hampir roboh. Sebelum kejadian banjir itu, orang Quraisy bersama ketua kabilah masing-masing sudah berkira-kira hendak membangunkan semula Kaabah. Dinding Kaabah sudah banyak yang retak dan reput. Malah kelambu Kaabah yang dipanggil kiswah juga sudah lama tidak diganti. Namun mereka takut jika mereka mengusik mana-mana bahagian Kaabah, mereka akan ditimpa bencana besar.

Selepas beberapa mesyuarat di adakan di kalangan ketua-ketua kabilah, akhirnya persetujuan dicapai. Setiap penjuru Kaabah diberikan kepada setiap kabilah yang membaikinya. Mereka akan bertanggungjawab mencari bahan-bahan binaan dan mendirikan semula binaan Kaabah. Dalam keadaan takut-takut itu akhirnya Walid bin Mughirah memberanikan dirinya merobohkan penjuru sudut selatan iaitu Rukun Yamani bagi didirikan semula dinding yang baru.

Keesokkannya apabila mendapati Walid bin Mughirah tidak mengalami apa-apa bencana kerana merobohkan Kaabah pada hari sebelumnya, orang Quraisy datang beramai-ramai memecahkan dinding-dinding Kaabah mengikut penjuru kabilah masing-masing. Terdapat empat penjuru Kaabah. Setiap penjuru itu diberikan nama.

Penjuru utara dipanggil Rukun Iraqi, penjuru selatan dipanggil Rukun Yamani, penjuru barat pula dinamakan Rukun Syami dan penjuru timur dipanggil Rukun Aswad.

Proses pembinaan berjalan lancar sehingga kepada situasi yang hampir-hampir sahaja mencetuskan perang saudara antara mereka. Mereka bertelagah sesama sendiri bagi merebut keistimewaan meletakkan Hajar Aswad di tempatnya semula. Akhirnya Abu Umayyah bin Mughirah iaitu orang yang paling tua dikalangan mereka daripada bani Makhzum memberkan cadangannya.

"Wahai kaumku! Saya cadangkan kepada saudara semua bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini. Apabila kita dapati orang pertama memasuki pintu Mekah ini melalui pintu Shafa, maka urusan Hajar Aswad itu diberikan kepada beliau," kata Abu Umayyah.

Tidak berapa kemudian, tiba-tiba muncul pemuda yang tampan dan bersih wajahnya masuk ke Mekah melalui pintu Shafa. Semua mata tertumpu kepadanya. Ketenangan yang terukir pada wajah pemuda itu membuatkan mereka seolah-olah terpukau seketika.

"Itu! Itu Muhammad al-Amin! Sudah pasti kami dapat menerima keputusannya," kata salah seorang daripada mereka.

Selepas menceritakan perkara sebenar yang berlaku antara mereka sehingga hampir-hampir mencetuskan perang saudara itu, akhirnya mereka sepakat melantik Muhammad sebagai hakim bagi membuat keputusan kabilah mana yang layak meletakkan Hajar Aswad ke tempatnya semula.

Muhammad yang diakui seorang yang amanah dan mempunyai pekerti yang tinggi itu berfikir berkenaan persoalan yang melanda kaumnya. Tiba-tiba Muhammad mengambil kain yang menutupi kepalanya, iaitu kain yang biasanya digunakan oleh orang Arab bagi menutupi kepala yang dipanggil serban. Kain empat segi itu dihamparkan di atas tanah.

Muhammad mengambil Hajar Aswad dengan tangannya sendiri dan diletakkannya di atas kain itu. Kemudian Muhammad mengarahkan setiap sudut hujung kain itu dipegang oleh ketua-ketua kabilah yang mewakili kabilah masing-masing.

Mereka kemudiannya bersama-sama membawa Hajar Aswad sambil tersenyum gembira sehingga ke sudut penjuru timur Kaabah. Seterusnya Muhammad datang mengambil Hajar Aswad dengan tangannya sendiri, lalu diletakkannnya kembali ke tempat asalnya.

Dengan kepintaran Muhammad, akhirnya permusuhan sesama mereka yang hampir-hampir mencetuskan perang saudara itu dapat dielakkan. Muhammad yang bijaksana dihoramti oleh kawan dan lawan.


FAKTA MENARIK:

Hajar Aswad adalah batu yang berasal dari Syurga. Ia diberikan oleh malaikat Jibril semasa Nabi Ismail tercari-cari batu bagi mendirikan Kaabah. Selepas menerima batu itu, Nabi Ismail mengucupnya dan menyerahkan kepada ayah beliau, Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim juga mengucup batu itu dan meletakkan di penjuru timur Kaabah.

Muhammad Al-Amin 00020144Muhammad Al-Amin 00020144Muhammad Al-Amin 00020144
Back to top Go down
https://melayu-malaysia.forumotion.com/
 
Muhammad Al-Amin
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Melayu Malaysia Forum :: Nur Islam :: Seindah Senyuman Rasulullah-
Jump to: