Melayu Malaysia Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Melayu Malaysia Forum

.: Komuniti Melayu Malaysia Yang Lain Daripada Yang Lain :.
 
HomeHome  GalleryGallery  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
May 2024
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
CalendarCalendar
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» Hiv Hearbal Drug Therapy Canada
Kasih Tauladan Monyet Icon_minitimeThu Aug 04, 2011 7:59 am by Guest

» buy guaranteed facebook fans dp
Kasih Tauladan Monyet Icon_minitimeWed Aug 03, 2011 3:09 am by Guest

» When the first Whirlpool Duet album was released in December 2001 came as a surprise to the public
Kasih Tauladan Monyet Icon_minitimeTue Aug 02, 2011 8:09 am by Guest

» Medicines From Rainforest Plants
Kasih Tauladan Monyet Icon_minitimeMon Aug 01, 2011 3:40 am by Guest

» Memorial Family Medicine Bryan Tx
Kasih Tauladan Monyet Icon_minitimeThu Jul 28, 2011 10:53 pm by Guest

» Rahsia Awet Muda Para Wanita
Kasih Tauladan Monyet Icon_minitimeMon May 16, 2011 11:07 pm by ASBN

» TuneTalk Sumber Menjana Pendapatan Bulanan
Kasih Tauladan Monyet Icon_minitimeMon May 16, 2011 11:01 pm by ASBN

» email 2 money
Kasih Tauladan Monyet Icon_minitimeTue Nov 16, 2010 10:58 pm by coolerzzz

» email 2 money
Kasih Tauladan Monyet Icon_minitimeTue Nov 16, 2010 10:58 pm by coolerzzz

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 20 on Sun Apr 28, 2024 12:37 pm
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Statistics
We have 57 registered users
The newest registered user is warrcleme

Our users have posted a total of 532 messages in 122 subjects
Poll
Advert
Adv

 

 Kasih Tauladan Monyet

Go down 
2 posters
AuthorMessage
4R7UN4
Moderateur
Moderateur
4R7UN4


Male
Number of posts : 31
Location : Kuala Lumpur, Malaysia
Registration date : 2008-07-19

Kasih Tauladan Monyet Empty
PostSubject: Kasih Tauladan Monyet   Kasih Tauladan Monyet Icon_minitimeSat Jul 19, 2008 7:00 pm

Kasih Tauladan Monyet

Salam,

Kisah benar rakan kita dibawah ni seharusnya menginsafkan kita tentang kasih sayang yang perlu kita pupuk sesama manusia(tanpa mengira warna kulit, fahaman dan anutan), sesama keluarga. Memang menyentuh persaan betul kisah ni.

Insyaallah, semoga kita diberi kekuatan menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa.

Salam,
Zikri Fadzil
AMC-WBU Materials Dept.
Agilent Technologies (M) Sdn. Bhd.
Tel No: 04-680 5565
Fax No: 04-680-7285
Email : zikri_fadzil@...

Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis. Apa yang saya yngin ceritakan pun hanyalah tetang monyet, haiwan yang sering jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas, kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya tidak bijak bercerita tentang itu

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara. Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di kuala Pilah, nun di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.

Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hamper,saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.

Kereta semakin hamper dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.

Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?

Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya!

Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.

Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hamper saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.

Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet.

Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan manusiawi.

Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.

Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi.

Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk, napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi.

Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik, "Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan."

Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia dating dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.

Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu. Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya.

Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?

"Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela," begitu jawapan pak cik.

Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya.

Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu, "daripada balik tangan kosong? " lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan? DAMMM!!!

Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.

BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah.

Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.

Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun dengan besusah payah sambil tangannya
mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya.

Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali.

Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya. Saya dan pak cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.

Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi.

Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.

Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.

Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.

Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak?

Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini?

Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi.

Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.

Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi.

Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.

Susana sunyai kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang, Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.

Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa saying kepada ibu. Tapi kita manusia??

Mana hilangnya akal waras kami?

Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.

Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.
Back to top Go down
d.diaries
Moderator
Moderator
d.diaries


Female
Number of posts : 63
Location : Petaling Jaya
Registration date : 2008-07-10

Kasih Tauladan Monyet Empty
PostSubject: Re: Kasih Tauladan Monyet   Kasih Tauladan Monyet Icon_minitimeSun Jul 20, 2008 9:53 pm

huhu...sedeynya...

binatang pun tahu sayangkan anak...tapi renung dan telitilah sikap manusia pada hari ini...banyak kes bayi2 yang tak berdosa dibuang merata-rata!


Sad Sad Sad Sad Sad
Back to top Go down
 
Kasih Tauladan Monyet
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Terima Kasih
» ~~~BINGKIS KASIH ~~~
» Terima Kasih

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Melayu Malaysia Forum :: Santai Sekejap :: Kisah Pedoman & Iktibar-
Jump to: