Melayu Malaysia Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Melayu Malaysia Forum

.: Komuniti Melayu Malaysia Yang Lain Daripada Yang Lain :.
 
HomeHome  GalleryGallery  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log in  
May 2024
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
CalendarCalendar
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
Latest topics
» Hiv Hearbal Drug Therapy Canada
Tolong Sampaikan Pada Si Dia Icon_minitimeThu Aug 04, 2011 7:59 am by Guest

» buy guaranteed facebook fans dp
Tolong Sampaikan Pada Si Dia Icon_minitimeWed Aug 03, 2011 3:09 am by Guest

» When the first Whirlpool Duet album was released in December 2001 came as a surprise to the public
Tolong Sampaikan Pada Si Dia Icon_minitimeTue Aug 02, 2011 8:09 am by Guest

» Medicines From Rainforest Plants
Tolong Sampaikan Pada Si Dia Icon_minitimeMon Aug 01, 2011 3:40 am by Guest

» Memorial Family Medicine Bryan Tx
Tolong Sampaikan Pada Si Dia Icon_minitimeThu Jul 28, 2011 10:53 pm by Guest

» Rahsia Awet Muda Para Wanita
Tolong Sampaikan Pada Si Dia Icon_minitimeMon May 16, 2011 11:07 pm by ASBN

» TuneTalk Sumber Menjana Pendapatan Bulanan
Tolong Sampaikan Pada Si Dia Icon_minitimeMon May 16, 2011 11:01 pm by ASBN

» email 2 money
Tolong Sampaikan Pada Si Dia Icon_minitimeTue Nov 16, 2010 10:58 pm by coolerzzz

» email 2 money
Tolong Sampaikan Pada Si Dia Icon_minitimeTue Nov 16, 2010 10:58 pm by coolerzzz

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests

None

Most users ever online was 20 on Sun Apr 28, 2024 12:37 pm
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Statistics
We have 57 registered users
The newest registered user is warrcleme

Our users have posted a total of 532 messages in 122 subjects
Poll
Advert
Adv

 

 Tolong Sampaikan Pada Si Dia

Go down 
2 posters
AuthorMessage
4R7UN4
Moderateur
Moderateur
4R7UN4


Male
Number of posts : 31
Location : Kuala Lumpur, Malaysia
Registration date : 2008-07-19

Tolong Sampaikan Pada Si Dia Empty
PostSubject: Tolong Sampaikan Pada Si Dia   Tolong Sampaikan Pada Si Dia Icon_minitimeSat Jul 19, 2008 7:18 pm

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cinta-Nya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih daripada dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih daripada dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih daripada dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...


Last edited by 4R7UN4 on Sun Jul 20, 2008 12:41 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
ritrit
Moderator
Moderator
ritrit


Female
Number of posts : 55
Registration date : 2008-07-15

Tolong Sampaikan Pada Si Dia Empty
PostSubject: Re: Tolong Sampaikan Pada Si Dia   Tolong Sampaikan Pada Si Dia Icon_minitimeSat Jul 19, 2008 7:46 pm

Embarassed Sad terima kasih ... tumpang sekaki ... mudah2an saya pun akan beringat Embarassed
Back to top Go down
4R7UN4
Moderateur
Moderateur
4R7UN4


Male
Number of posts : 31
Location : Kuala Lumpur, Malaysia
Registration date : 2008-07-19

Tolong Sampaikan Pada Si Dia Empty
PostSubject: Re: Tolong Sampaikan Pada Si Dia   Tolong Sampaikan Pada Si Dia Icon_minitimeSun Jul 20, 2008 12:42 am

ritrit wrote:
Embarassed Sad terima kasih ... tumpang sekaki ... mudah2an saya pun akan beringat Embarassed

Smile
Back to top Go down
Sponsored content





Tolong Sampaikan Pada Si Dia Empty
PostSubject: Re: Tolong Sampaikan Pada Si Dia   Tolong Sampaikan Pada Si Dia Icon_minitime

Back to top Go down
 
Tolong Sampaikan Pada Si Dia
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Melayu Malaysia Forum :: Hobi :: Puisi & Sajak-
Jump to: