Pada zaman Rasulullah, terdapat seorang wanita Yahudi yang memeluk Islam. Berikutan keputusannya itu, dia telah dihalau dari kampung kerana dianggap memalukan sekalian orang Yahudi.
Dia lalu membawa diri bersama-sama anak lelaki yang masih kecil ke Madinah. Rasulullah yang memdapat berita mengenai kedatangannya telah menawarkan kepada para sahabat untuk mengambil wanita itu sebagai keluarga angkat supaya dia dapat belajar mengenai Islam dengan lebih baik.
Suatu hari anak lelakinya bermain-main di halaman masjid bersama-sama kawan-kawan barunya. Ketika bermain, dia telah terjaduh dan meninggal dunia. Kerana anak itu tidak di kenali, maka orang ramai mengambil keputusan untuk menguruskan jenazahnya.
Ketika jenazahnya siap dikafankan dan mahu di sempurnakan, berita kematian si anak sampai ke pengetahuan ibunya. Terharu amat si ibu melihat anaknya sudah tidak bernyawa. Namun si ibu menguatkan hati, tidak rasa marah kepada diri, jauh sekali menyalahkan Allah kerana kematian anak tersayang. Sebaliknya si ibu menunaikan solat sunat dua rakaat.
Si ibu yang malang itu berdoa, "Ya ALLAH, Engkau Maha Mengetahui bahawa ketika aku memeluk agama-Mu, kaumku telah mencercaku dan menyumpah aku. Antara sumpahan mereka, kata mereka anakku akan mati kerana aku telah meninggalkan agama nenek moyangku. OLeh itu ya ALLAH, hidupkanlah anakku semula, agar hal ini tidak menjadi fitnah bagi agamaMu."
Selesai berdoa, dengan izin ALLAH, tiba-tiba si anak terbersin dan dia hidup kembali!. Demikianlah betapa ALLAH mendengar doa hambanya yang ikhlas.