3 tanda-tandanya , Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya 1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia 2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita 3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya 1) Jujur dalam berkata-kata 2) Menjauhi segala yang haram 3) Merendahkan diri,Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya 1) Takut berlaku dusta dan keji 2) Menjauhikejahatan 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman ,Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya ,Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya 1) Mengawasi dirinya 2) Menghisab dirinya 3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.